Selain hidup bahagia, pelakon filem Real Steel ini juga memperingati tarikh perkahwinannya secara sederhana sahaja. Tidak ada perayaan yang mewah, sebaliknya Jackman lebih memilih untuk melakukan aktiviti santai bersama isteri dan anak-anaknya.
Menurut suatu sumber, Jackman telah membawa isteri dan dua anaknya, Oscar, 12, dan Ava, 7, berjalan-jalan di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Mereka memakai pakaian yang santai, namun terlihat sangat seronok menikmati saat-saat ceria di petang hari yang cerah itu. Beberapa hari sebelumnya, Jackman dan Deborra dilihat sedang berpelukan yang mana mereka kelihatan sangat bahagia merayakan ulang tahun pernikahan yang ke-17 itu," kata sumber tersebut.
Pada sesi bersantai bersama keluarganya itu, Jackman dilihat membeli piza dan tersenyum bersama keluarganya sambil menikmati juadah tersebut.
Selama ini Jackman dikenali sebagai aktor Hollywood yang selalu berusaha meluangkan waktunya yang padat untuk berkumpul bersama-sama keluarganya
0 comments:
Post a Comment