Wednesday, April 24, 2013

Rakan Tentang Selena Kembali Bersama Bieber

Posted by psikik melayus On 19:00 | No comments
Selepas menghabiskan hujung minggu yang romantik di Sweden, Selena dan Justin masing-masing perlu mengucapkan selamat tinggal.
Selena Gomez dan Justin Bieber berjumpa semula bagi menghabiskan hujung minggu yang romantik bersama di Stockholm, Sweden pada 18 April lalu tetapi disebabkan oleh bebanan kerja, mereka berdua terpaksa berpisah setelah beberapa hari bersama.
Pada 23 April lalu, Selena telah memuat naik tweet “I’m in NY and taking over the @SiriusXMHits1 Twitter handle tomorrow at 12:30nET/9:30aPT. Tweet me questions with #AskSelena!”
Sewaktu tweet tersebut dimuat naik, Justin pada masa itu masih berada di Stockholm kerana dia perlu membuat persembahan pada 23 dan 24 April.
Selepas itu, Justin akan meneruskan perjalanan ke Finland, Rusia, Turki dan beberapa negara Timur Tengah.
Manakala, Selena pula sibuk membuat persiapan “Stars Dance Tour 2013″ yang akan berlangsung pada 14 Ogos akan datang di Vancouver, Canada.
Menurut sumber dalaman HollywoodLife.com, sebab utama kenapa Selena kembali semula bersama Justin kerana “dia berasa sunyi”.
Dalam pada itu, HollywoodLife.com melaporkan sebelum ini bahawa rakan-rakan Selena tidak bersetuju dengan keputusan Selena untuk kembali semula bersama Justin.
Malah, rakan-rakan Selena juga meminta supaya dia menjauhkan diri daripada Justin.
“Rakan-rakan Selena takut jika dia memberi peluang kedua kepada Bieber. Mereka sudah untuk memberi amaran kepada Selena bahawa Justin bukanlah lelaki yang baik untuknya dan dia perlu jauh daripada Bieber.
“Tetapi Selena suka dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh Justin kepadanya,” memetik sumber Radar Online.
Adakah Selena membuat keputusan yang salah?
Sama-sama kita nantikan apa yang bakal terjadi dengan pasangan merpati muda ini.

VIDEO: Nora Danish Buat Gwiyomi

Posted by psikik melayus On 14:54 | No comments
BILA ada saja aksi memek muka yang ‘viral’ di dalam YouTube, pelakon Nora Danish pasti tidak ketinggalan untuk turut serta.
Tapi tak mengapalah, dah memang muka dia comel, buat apa pun nampak cantik.
Sebelum ini dia pernah buat muka ‘duckface’, terbaru bikin video gwiyomi pulak.
Buat peminat Nora, terimalah muka ala-ala manja Nora Danish!
Rupanya Najib berbohong tentang Datuk Kamilia Ibrahim
Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu.



Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

GOMO: Janganlah taksub melampau sangat wahai puak puak PAS. Pekara sebegini bukannya boleh membawa anda semua ke syurga walaupun PAS menjanjikan Sorga jika undi mereka.

Monday, April 22, 2013

Neelofa Tak Balik Kampung Mengundi?

Posted by psikik melayus On 23:25 | No comments

Sekarang semua pihak sibuk bercerita mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei depan. Malah tidak terkecuali buat para selebriti tempatan kita.
Neelofa misalnya menyatakan dia tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan untuk mengundi pada tahun ini disebabkan komitmen kerjanya pada hari tersebut.
Menerusi MalaysianDigest, Neelofa menjelaskan, “Lofa dah daftar mengundi sejak tahun lepas. Keluarga Lofa semuanya akan balik mengundi nanti. Tapi pada hari tu Lofa ada shooting di Pulau Redang, Terengganu. Disebabkan ia melibatkan ramai pihak, jadi saya perlu teruskan untuk penggambaran itu dan tak dapat nak balik mengundi. Jadi tahun ni, Lofa terlepas lah”.
Neelofa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang diadaptasi daripada novel popular, Pilot Cafe dan bergandingan dengan aktor popular, Fahrin Ahmad.
Tak mengapalah Neelofa, bukannya awak sengaja tidak mahu mengundi, cuma masa serta komitmen kerja yang sudah tidak dapat dielakkan. Nak buat macam mana kan..
Diharapkan lima tahun dari sekarang, pelakon cantik ini dapat menunaikan kewajipannya mengundinya pada pilihan raya yang akan datang.

PR Perlu Halang BN Bawa Bapa Altantunya

Posted by psikik melayus On 23:24 | 1 comment

DALAM usaha terdesak untuk memburukkan Pakatan Rakyat dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaaribuu, BN dilaporkan akan membawa bapa mendiang, Setev Shaariibuu ke negara ini berceramah atas platform BN dalam isu tersebut.
Untuk makluman, Pakatan Rakyat sejak Mac tahun ini lagi telah menamatkan semua hubungan dengan Setev setelah dia enggan meneruskan saman terhadap kerajaan Malaysia atas dakwaan cuba menyembunyikan kematian anaknya pada 2006.
Buang masa saja membantu Setev kalau dia sudah tidak lagi ada kepentingan politik kepada Pakatan Rakyat.
Tapi kini nampaknya Setev mencari peluang membuat wang dengan BN pula. Kebetulan BN memang terdesak untuk membersihkan parti tersebut dan pemimpinnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dari dakwaan penglibatan dalam kes Altantunya ini.
Walaupun tidak ada bukti fizikal, tapi akuan bersumpah mendiang P Balasubramaniam telah cukup untuk menyabitkan Najib dengan kes ini.
Pakatan Rakyat seharusnya cuba mencari jalan menghalang usaha BN membawa Setev kesini

PRU13: Siti Nurhaliza Harap Kerajaan Terbaik

Posted by psikik melayus On 23:23 | No comments

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengharapkan agar kerajaan yang bakal diputuskan selepas pilihan raya umum ke13 (PRU13) tidak lama lagi, adalah kerajaan yang terbaik.
Lebih-lebih lagi meletakkan dirinya sebagai artis, Siti berkata dia mengharapkan semua insan seni tanah air termasuk dirinya sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka juga seharusnya diambil kira oleh pihak kepimpinan tertinggi.
“Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik. Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan.
“Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing”, ujarnya anak kelahiran Temerloh, Pahang kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu juga, Siti memberitahu beliau akan mengundi di Cheras, Kuala Lumpur.
Sumber: Malaysian Digest
Iklan Teks:

Google+ Followers

Pengikut