HANYA menanti maut." Begitulah ungkapan seorang rakyat Myanmar yang
enggan dikenali bagi menggambarkan keadaan penduduk Muslim di negara
bergolak itu.
Beliau ketika ditemui berkata, bukan sahaja disekat segala kebebasan, malah nyawa umat Islam di Myanmar bagaikan di hujung tanduk yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh penduduk bukan Islam lain.
Menceritakan pengalaman yang berlaku kepada kenalannya, beliau berkata, penindasan yang dilakukan penduduk negara itu yang direstui pihak berkuasa ialah dengan sewenang-wenangnya menghalau rakannya meninggalkan rumah dengan ugutan bunuh jika ingkar.
Tidak cukup dengan itu, kekejaman mereka sehingga membakar masjid dan sekolah agama ketika umat Islam sedang beribadat dan menuntut ilmu di dalam tempat suci berkenaan tanpa belas kasihan.
Yang penting misi utama mereka yang mendakwa umat Islam adalah pendatang yang akan menakluki pemerintahan negara ini suatu hari nanti terhapus dari bumi Myanmar.
Bantuan
Setiap hari sehingga kini saya sentiasa bimbang dengan keadaan keluarga saya yang masih berada di sana. Pelbagai perkara tidak diingini boleh berlaku. Mereka hanya menunggu mati sahaja jika itu ketetapan-Nya," katanya yang mendakwa keturunan beliau merupakan antara petugas di raja suatu ketika dahulu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran bantuan Kemanusiaan Muslim Myanmar anjuran Dewan Pemuda Masjid Malaysia baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi DPMM, Isemaail Basri; pengarah misi bantuan, Dr. Mohammad Nawar Ariffin dan pelakon, Johan Ashaari yang dilantik sebagai duta misi.
Misi bantuan kemanusiaan itu diadakan bagi mengajak orang ramai menghulurkan sumbangan dalam usaha membantu meringankan kesengsaraan masyarakat Muslim di Myanmar.
Dalam pada itu, Johan berharap masyarakat terutamanya umat Islam agar dapat sama-sama menghulurkan bantuan sekadar mengikut kemampuan masing-masing bagi meringankan penderitaan saudara seIslam di Myanmar.
Ini bukan lagi menjadi isu penindasan agama, tetapi isu kemanusiaan sehingga meragut ribuan nyawa. Oleh itu, selaku umat Islam kita harus menghulurkan bantuan dalam apa juga kemampuan walaupun sekadar mengirimkan doa," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Dewan Pemuda Masjid Malaysia, 14153010024138 (Bank Islam) atau 14300004628058 (Bank CIMB).

0 comments:
Post a Comment