Monday, April 22, 2013

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.




PRU13: Kamilia dipecat daripada UMNO - TPM


PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pemecatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim daripada parti itu kerana bertanding calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kamilia gugur serta merta selepas bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen berkenaan.

Pada sidang media selepas proses penamaan calon untuk kerusi Parlimen Pagoh di sini hari ini, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita atas tindakan Kamilia itu.

"Kamilia sebagai antara ahli senior dalam parti seharusnya lebih arif dengan segala peraturan ditetapkan parti selama ini," katanya.

Sementara itu, Kamilia dalam Facebooknya mengumumkan beliau meletakan semua jawatannya dalam UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita.
-BH

0 comments:

Post a Comment

Pengikut