Tuesday, August 03, 2010


Semua parti-parti politik hari ini bergerak ke pusat-pusat penamaan calon di seluruh negara bagi mendaftarkan nama wakil mereka sebagai calon pilihan raya ke 13.

Mereka bergerak dari seluruh kawasan menuju pusat penamaan calon di 222 kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri.

Menjadi tradisi bagi PAS, mereka memulakan pergerakan dengan doa setelah bersolat munajat malam dan menjelang Subuh tadi.

Dalam pilihan raya kali ini, Pakatan Rakyat akan berusaha untuk berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

Namun dipercayai ramai calon bebas akan mengambil bahagian setelah tidak berpuashati kerana tidak terpilih sebagai calon di samping individu yang mahu mencuba nasib pribadi masing-masing.



(TG Abd Hadi Awang bergerak ke pusat penamaan calon)

Di Marang, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai cabaran PAS di sini. Beliau akan bertanding mempertahankan Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.



(Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim berdoa di perkarangan Masjid Lama Jengka sebelum bertolak ke Temerloh untuk menyerahkan borang penamaan calon)

PRU 13 ini dikira sebagai ibu kepada segala pilihan raya di negara ini kerana buat pertama kalinya BN terasa mereka boleh jatuh kali ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkumpul di Masjid Lama Jengka yang terletak bersebelahan rumahnya.

Beliau akan bergerak menuju bandar Temerloh untuk membuat penamaan calon yang akan berlaku pagi ini.


(Dr Rani bersama calon-calon Pakatan di sekitar Klang)

Di Klang, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman bersama calon-calon Pakatan di bawah Parlimen Kapar berkumpul setempat sebelum berarak ke pusat penamaan calon. Bersama beliau adalah calon-calon Pakatan di Klang iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang), Teng Chan Khim dan lain-lain.

Di Putrajaya, para penyokong PAS berkumpul di Surau Al Husna Fasa 12, Presint 9 dan dijangka akan berarak 2 km ke pusat penamaan calon yang terletak di pusat kejiranan.

Sebelum bertolak, calon PAS Datuk Husam Musa dilihat solat Dhuha di surau itu.


(Ustaz Idris dan Ustaz Norazli Musa berjalan menuju pusat penamaan calon)

Di Parlimen Bukit Gantang, cabaran Pakatan Rakyat dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin yang akan bertanding di DUN Changkat Jering. Turut bersama beliau di situ adalah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang dan Ustaz Norarzli Musa yang akan bertanding di DUN Trong.

DUN Kuala Sepetang yang terletak di bawah kawasan parlimen ini akan ditandingi oleh calon DAP.


(Aishah sedia ke pusat penamaan calon)

Di Jempol, Negeri Sembilan calon PAS, Wan Aishah Wan Ariffin juga sedia untuk bergerak ke pusat penamaan calon.

Beliau bakal bertembung dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang pernah digantung Umno kerana rasuah.


(Datuk Fauzi Shaari bersama Nazri Din berdoa sebelum memasuki pusat penamaan calon)

Di Larut, Datuk Fauzi Shaari mengetuai cabaran PAS dan Pakatan Rakyat di situ.

Beliau akan bertanding di Parlimen Larut manakala Nazri Din (Kubu Gajah).

Di Temerloh, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan di jangka akan bertembung dengan Saifudin Abdullah di peringkat Parlimen.


(Razman [tengah] mengetuai bacaan doa untuk kemenangan Pakatan di sana)

Di Parlimen Lenggong, Yang Dipertua PAS Kawasan, Razman Zakaria mengetuai cabaran PAS di sana. Beliau yang banyak memperjuangkan hak rakyat khasnya di kawasan Felda dan Felcra dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang di situ.

Di Pulai, Johor, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengetuai cabaran PAS di Parlimen berkenaan. Beliau bakal menentang Datuk Nur Jazlan Mohamad yang akan mempertahankan kerusi itu.


(Salahudin mengetuai cabaran Pakatan di Pulai berarak ke pusat penamaan calon di Pulai bersama calon-calon Pakatan yang lain di samping para penyokong)

Dengan kebangkitan pengundi Cina yang kini menggegar Johor, Salahudin dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

Di Pengkalan Chepa, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz mengetuai cabaran PAS di situ. Beliau akan bertanding di DUN Cempaka. Perarakan bermula dengan solat Dhuha di sebuah masjid dekat sini.


(Tuan Guru Nik Aziz memberikan panduan dan tazkirah sebelum mengimamkan solat)

Lebih 1,000 penyokong PAS turut serta bersama beliau solat sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Di Titiwangsa, calon PAS Zamri Asa'ad Khuzaimi diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan lebih 1,000 penyokong ke pusat penamaan calon.


(Zamri di tengah-tengah para penyokongnya menuju pusat penamaan calon)

Dengan memakai sepasang baju Melayu hijau, peguam yang pertama kali menjadi calon ini kelihatan ceria.

Beliau dijangka akan bertembung dengan calon Umno di sini.


(Pararakan yang mengiringi calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa)

Di Putrajaya, kira-kira 3000 penyokong PAS berarak mengiringi Datuk Husam Musa dari Surau Al Husna ke pusat penamaan calon.

Pusat penamaan calon berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9 yang terletak kira-kira 2 km dari surau itu.

Husam dan penyokong terlebih dahulu menunaikan solat hajat dan sunat dhuha sebelum berarak ke pusat penamaan.


Mohamad Sabu bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.


DS Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah ke pusat penamaan calon.

Di Permatang Pauh ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam.

Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan.

Papagomo yang kononnya ingin menentang DS Anwar Ibrahim tidak kelihatan.


Pn Hjh Kintan Man (DUN SG.Rambai), Hj Yuhaizad Abdullah (Merlimau), Rahmat Yusof (Parlimen Jasin), Ust Kamarudin Sidek (Serkam) & Azmi Khamis (Rim)

Di Politeknik Merlimau, lebih 1,000 orang ahli Pakatan Rakyat berhimpun mengiringi calon-calon DUN dan Parlimen Jasin. Perarakan bermula dari Merlimau Point. Laungan TAKBIR dan INI KALILAH, TUKAR bergema disusuli dengan selawat sepanjang perarakan menuju ke pusat penamaan calon.




0 comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Pengikut