Monday, April 22, 2013


Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengharapkan agar kerajaan yang bakal diputuskan selepas pilihan raya umum ke13 (PRU13) tidak lama lagi, adalah kerajaan yang terbaik.
Lebih-lebih lagi meletakkan dirinya sebagai artis, Siti berkata dia mengharapkan semua insan seni tanah air termasuk dirinya sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka juga seharusnya diambil kira oleh pihak kepimpinan tertinggi.
“Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik. Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan.
“Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing”, ujarnya anak kelahiran Temerloh, Pahang kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu juga, Siti memberitahu beliau akan mengundi di Cheras, Kuala Lumpur.
Sumber: Malaysian Digest
Iklan Teks:

0 comments:

Post a Comment

Pengikut