Sunday, October 06, 2013

Malam tadi… ada isu yang trending di media sosial negara ini.
Kali ini kecoh kononnya ada seorang kanak-kanak empat tahun ditelan seekor ular sawa di sebuah Felda di Masai, Johor.
Soalnya….. hanya sekeping gambar seperti di atas yang tersebar sebagai bukti kononnya ada kes seumpama itu.
Tak tahulah apa kebenarannya… tapi penulis agak yakin kes itu tidak betul.
Perbincangan dengan rakan-rakan followers Twitter Mynewshub juga gagal memperlihatkan sebarang petunjuk kepada kebenaran kejadian itu.
Siap ada komen di Twitter …“aku dah tengok gambar ni semalam…apasal baru hari ni dia makan”.
Dan kalau benar, sudah tentu lebih banyak gambar dan berita kejadian kecoh di semua media-media utama di negara ini malam tadi lagi.
Malah, kalau melibatkan manusia ditelan ular…media-media asing pun akan berlumba-lumba melaporkan kejadian berkenaan.
Ini kerana ia memiliki nilai berita human interest yang tinggi kepada sesiapa sahaja di mana jua.
Disebabkan berita itu hampir pasti tidak betul…maka soalnya kini…siapa yang gatal tangan sebarkan gambar dengan berita seumpama itu mula-mula sekali?
Dapat faedah apa?
(Kalau berita ni betul… penulis perlu cari jalan untuk cover malu esok… tapi 99.99 peratus rasanya ini temberang…)

0 comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Pengikut