Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami
sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam
bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup
bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini,
kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah
lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik
dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu
apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan
isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk
dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut
serta dalam serbuan,” katanya.
Menurutnya, kecurangan wanita terhadap
suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah
dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini.
“Pelik dengan sikap isterinya, lelaki
itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan
sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap
bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara
itu kepada JHEAINS,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa
JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga
anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.
“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.
“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.
“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu
tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus
isteri orang,” katanya
0 comments:
Post a Comment