Klang – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun perkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga kenalannya.
Kejadian berlaku 24 September lalu di
Sementa, dekat sini, selepas mangsa dibawa bersiar-siar menaiki
motosikal balik dari sekolah. Menurut sumber, selepas bersiar-siar
mangsa dibawa balik ke rumah lelaki itu kononya untuk mengambil barang
tertinggal.
“Mangsa mengikut rakannya itu untuk
singgah sebentar sebelum masuk ke rumah kononnya bagi mengambil barang,
namun apabila tiba di bilik, mangsa dipaksa membuka pakaian.
“Mangsa diugut, bimbang dicederakan dan
tidak dapat balik ke rumah menuruti arahan rakannya itu “Ketika dalam
rumah, remaja itu menutup mata mangsa menggunakan baju dan mangsa
mendakwa diperkosa sekurang-kurangnya tiga kali,” katanya.
0 comments:
Post a Comment