Saturday, October 05, 2013

JOHOR BAHRU - Anak penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), meninggal dunia akibat penyakit paru-paru, awal pagi ini.
Anak Mohd Al Hafiz Hamzah, Muhammad Adam Farish, 2, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), kira-kira jam 3 pagi ini.
Arwah dikatakan dimasukkan ke hospital sejak kira-kira dua minggu lalu dan dikatakan mengalami masalah paru-paru sejak dilahirkan dan menerima rawatan, selain pernah dirawat di Kuala Lumpur.
Ketua jurulatih JDT, Azmi Mohamed, ketika dihubungi Mohd Al Hafiz yang berada di Kota Bharu, Kelantan untuk perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, bergegas pulang ke Johor Bahru selepas dimaklumkan kejadian itu.
jj
(KEMASKINI) Anak Penjaga Gol Utama JDT Meninggal Dunia

0 comments:

Post a Comment

Pengikut