Nama Sharifah Sakinah memang tidak perlu
diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi
hangat di kalangan peminat hiburan tanah air.
Kali ini dia tampil dengan video
Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka
sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka
memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.
Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini.
Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.
Sejajar denga pertambahan usianya itu,
diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah
Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan
reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.
Ye, kami tahu awak memang gila-gila
tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat
kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.
0 comments:
Post a Comment