Monday, April 22, 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon-calon BN yang diumumkan baru-baru ini merupakan gabungan individu berpengalaman dengan mereka yang masih muda dan mempunyai idea baru dalam melaksanakan dasar transformasi kerajaan.
“Kami sedar, masa telah berubah dan sebab itulah Barisan Nasional juga akan sentiasa mengikut arus perubahan.
“Setiap calon tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili Barisan Nasional mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
“Saya harap anda juga bersemangat untuk memberi peluang kepada calon-calon yang merupakan generasi baru kepada kepimpinan negara kita itu,” katanya.
Beliau berkata demikian melalui blognya .
Najib meminta rakyat dan penyokong mengambil sedikit masa untuk mengenali calon-calon baru itu dengan mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara.
Kata Najib, beliau terlibat secara peribadi untuk memilih calon-calon BN Baru yang dianggap sebagai berkaliber dan berkelayakkan tinggi sesuai dengan kehendak rakyat selama ini.
“Pemilihan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami di BN perlu mengambil kira pelbagai aspek untuk dipertimbangkan supaya kami dapat memberi pilihan terbaik kepada rakyat.
“Dengan gabungan calon BN Baru dengan calon yang berpengalaman ini, saya yakin BN mampu menang pada PRU13 ini sekali gus dapat sekali lagi menabur bakti kepada rakyat di negara ini,” katanya. – Mynewshub
(Klik pada imej untuk gambaran lebih jelas)
muka baru 1 muka baru 2 muka baru 3 muka baru 4
Iklan Teks:

0 comments:

Post a Comment

Pengikut