Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13
ini di Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4
penjuru yang turut melibatkan BN,PAS dan seorang lagi calon
Bebas.Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang
dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L
Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.Lebih menarik lagi di kerusi
yang sama,seorang bekas pemimpin PKR,Kottappan A/L Suppaiah serta
mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup
sengit.Pada PRU 12 2008 yang lalu,Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS
manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR,masing-masing dengan
majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi
protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.Namun
kemudiannya,pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai
berpaling arah meninggalkan PR,antara faktor pendorongnya ialah isu
Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.
Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk
kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat
India.Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota
Raja dan DUN Sri Andalas,jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat
PR.PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk
meraih undi masyarakat India.
Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013,agak ketara tanda-tanda
kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka
amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak
besar jumlahnya bersama BN.Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah
dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang
berlaku ini.Jika ia berterusan,nescaya khabar buruk itu bakal menjadi
igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.
0 comments:
Post a Comment