Sunday, October 06, 2013

Tadika Pun Mahu Pecah Masuk Ke?

Posted by Unknown On 18:43 | No comments
GEORGE TOWN — Polis menahan dua lelaki yang cuba memecah masuk sebuah tadika di Lintang Penawar, Jelutong di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata suspek berusia 27 dan 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota Balai Polis Jelutong yang melakukan rondaan cegah jenayah pada pukul 3.45 pagi. “Suspek dipercayai cuba melakukan jenayah itu dengan tiga lelaki lain tetapi rakan mereka berjaya melarikan diri dan hasil pemeriksaan badan, anggota kami menemui pemutar skru yang telah diubah suai dan satu spanar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata ujian urin menunjukkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan siasatan lanjut turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau melibatkan dadah dan pecah rumah. Dalam perkembangan lain, Gan berkata dua remaja lelaki ditahan selepas meragut sebuah telefon bimbit milik seorang wanita di hadapan rumahnya di West Jelutong, di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa sedang berbual dengan rakannya menerusi telefon bimbitnya sebelum suspek berusia 17 dan 15 tahun terbabit menyamun telefon berkenaan dan melarikan diri dengan sebuah motosikal. “Secara kebetulan anggota kami yang melakukan rondaan melihat kejadian itu dan memberkas suspek. “Siasatan lanjut mendapati remaja berumur 15 tahun itu telah dibuang sekolah manakala rakannya masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah di sini,”

0 comments:

Post a Comment

Pengikut