Sunday, October 06, 2013


Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.

“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar.

“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna.

Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York.

Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor.

Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ.

“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu.

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan.

“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan.

“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio.

“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu.

Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York.

“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf.

“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan.

Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. - AFP

ULASAN GB

Madonna bukan saja sedang mempelajari Al-Quran, malah sedang membinakan beberapa sekolah di beberapa negara Islam. Ini tidak dilaporkan di dalam berita AFP di atas.

Petikan ini yang GB kutip dari majalah Harper Bazaar:

"I am building schools for girls in Islamic countries and studying the Qur'an," she said. "I think it is important to study all the holy books. As my friend Yaman always tells me, a good Muslim is a good Jew, and a good Jew is a good Christian, and so forth. I couldn't agree more. To some people this is a very daring thought."

The Harper's Bazaar article features a photo of Madonna wearing a chainmail mask that resembles a traditional Muslim women's burka. The singer had posted a similar picture on her Instagram page on July 2, saying: "The Revolution of Love is on...Inshallah." (See photo, above)

Rasaya kalau di kampung-kampung tu normal la keluar makan angin naik motorsikal tak pakai topi keledar.
Adakalanya polis trafik pun tak tegur pasal benda tu dah jadi macam budaya yang susah nak dikikis.
Namun, bila seorang bertaraf menteri buat camtu, lain pulak la jadinya kan.
Kelakukan yang tak ada siapa nak kisah mula diulas dari pelbagai segi.
“Yang salah tetap salah…”
Itulah antara baris ayat yang muncul selepas sekeping gambar memperlihatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau bersiar-siar dengan seorang anak kecil tanpa memakai topi keledar muncul.
Entah gambar bila… namun tetap juga dijadikan isu.

Aidiladha Disambut 15 Oktober

Posted by Unknown On 18:49 | 2 comments
KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada malam Sabtu.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1434 Hijrah ialah pada 6 Oktober 2013 Masehi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 15 Okt 2013 Masihi,” katanya.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). – BERNAMA

Malu betul peragut ni nak tunjuk muka dia kat kamera… dia tak suka publisiti kot…“aku meragut bukan kerna nama” motonya.
Kejadian berlaku pada sebelah pagi di Taman Kancil, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 1 Oktober lalu.
Suspek ditahan penduduk Taman Sejahtera ketika mahu melarikan diri.
Peragut yang malu dengan kamera itu telah diserahkan kepada pihak polis tidak beberapa lama kemudian.
Nasib kat Malaysia boleh buat malu-malu ketika gambar hendak diambil…kalau kat Indonesia mahu dah rentung kena bakar hidup-hidup.
Kepada anggota masyarakat terutama kaum wanita, berhati-hati lebih sedikit ketika berada di luar…jenayah berlaku tanpa diduga.

REKOD tanpa kalah Everton sepanjang enam perlawanan lebur apabila mereka tewas 1-3 di tangan Manchester City, malam tadi tatkala Liverpool merampas seketika tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 3-1.
Di Stadium Etihad, City melonjak ke tangga ketiga selepas menewaskan Everton menerusi jaringan Alvaro Negredo minit ke-17, Sergio Aguero (45) dan jaringan sendiri Tim Howard (69) biarpun pelawat mendahului menerusi Romelu Lukaku minit ke-16.
Di Anfield, Liverpool meraih tiga mata penuh selepas mudah mendahului tiga gol menerusi Luis Suarez (13), Daniel Sturridge (17) dan sepakan penalti Steven Gerrard (38) sebelum Crystal Palace memperolehi gol saguhati menerusi Dwight Gayle (76).
Liverpool kini mengumpul 16 mata tetapi mampu dipintas semula Arsenal yang memiliki 15 mata jika skuad kendalian Arsene Wenger itu berjaya menewaskan West Brom, malam ini.
KEPUTUSAN MALAM TADI
Man City 3 – 1 Everton
Cardiff City 1 – 2 Newcastle
Fulham 1 – 0 Stoke
Hull 0 – 0 Aston Villa
Liverpool 3 – 1 Crystal Palace
Sunderland 1 – 2 Man United
JADUAL MALAM INI
Norwich City lwn Chelsea (8.30mlm)
Southampton lwn Swansea (8.30mlm)
Tottenham lwn West Ham (11mlm)
West Brom lwn Arsenal (11mlm)

Adnan Januzaj Diintai England

Posted by Unknown On 18:46 | 1 comment
PEMAIN berusia 18 tahun, Adnan Januzaj muncul wira Manchester United apabla dua jaringannya membantu juara bertahan itu menewaskan pasukan tercorot, Sunderland 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. United dikejutkan jaringan awal tuan rumah menerusi Craig Gardner pada minit ke-5, namun Januzaj muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-55 dan seterusnya meledak gol kemenangan United pada minit ke-61. Selepas perlawanan, pengurus United, David Moyes mendedahkan bahawa FA England sudah pun menghubungi kelab itu bertanyakan mengenai status Januzaj. Dilahirkan di Belgium, Januzaj memulakan kariernya di Anderlecht dan layak juga untuk beraksi bersama Albania dan Kosovo jika diikut negara asal ibu bapanya. Namun selepas berhijrah ke Manchester pada usia 16 tahun, Moyes memberi komen yang Januzaj boleh beraksi di England berdasarkan tempat tinggalnya sekarang. “Saya rasa ada sesuatu yang membolehkan dia layak beraksi untuk England. Saya tak tahu prosesnya tetapi ia berkaitan dengan taraf penduduknya di sini. “Saya rasa dia ada banyak pilihan negara untuk diwakilinya dan mungkin dalam tiga atau empat negara. Memang dia sudah banyak kali dipanggil mewakili skuad remaja Belgium tetapi memilih untuk tidak pergi buat masa ini. “Dia begitu dimahukan Albania, Croatia dan beberapa negara lain. Dia boleh bermain untuk beberapa negara termasuk England

Pengikut