Sunday, October 06, 2013

Adnan Januzaj Diintai England

Posted by Unknown On 18:46 | 1 comment
PEMAIN berusia 18 tahun, Adnan Januzaj muncul wira Manchester United apabla dua jaringannya membantu juara bertahan itu menewaskan pasukan tercorot, Sunderland 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. United dikejutkan jaringan awal tuan rumah menerusi Craig Gardner pada minit ke-5, namun Januzaj muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-55 dan seterusnya meledak gol kemenangan United pada minit ke-61. Selepas perlawanan, pengurus United, David Moyes mendedahkan bahawa FA England sudah pun menghubungi kelab itu bertanyakan mengenai status Januzaj. Dilahirkan di Belgium, Januzaj memulakan kariernya di Anderlecht dan layak juga untuk beraksi bersama Albania dan Kosovo jika diikut negara asal ibu bapanya. Namun selepas berhijrah ke Manchester pada usia 16 tahun, Moyes memberi komen yang Januzaj boleh beraksi di England berdasarkan tempat tinggalnya sekarang. “Saya rasa ada sesuatu yang membolehkan dia layak beraksi untuk England. Saya tak tahu prosesnya tetapi ia berkaitan dengan taraf penduduknya di sini. “Saya rasa dia ada banyak pilihan negara untuk diwakilinya dan mungkin dalam tiga atau empat negara. Memang dia sudah banyak kali dipanggil mewakili skuad remaja Belgium tetapi memilih untuk tidak pergi buat masa ini. “Dia begitu dimahukan Albania, Croatia dan beberapa negara lain. Dia boleh bermain untuk beberapa negara termasuk England

1 comment:

Pengikut