Friday, August 23, 2013



PUTRAJAYA – Ibu kepada Lina Joy yang mesra dipanggil Mak Som telah turut bersama hadir dalam menunjukkan sokongan beliau terhadap bantahan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.
Turut bersama beliau adalah Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Dr. Yusry Mohamad.
Mak Som yang hadir berkerusi roda kelihatan uzur dan tidak banyak menjawab persoalan wakil media.
Bagaimanapun, Dr. Yusry yang hadir bersama menjawab tujuan utama kehadiran Mak Som ke Istana Kehakiman hari ini.
Menurut Dr. Yusry, Mak Som tidak mahu lebih ramai anak-anak Islam di luar sana dimurtadkan disebabkan oleh sistem perundangan yang liberal.
lina
“Walaupun merasai kepedihan perpisahan dengan anak, tapi yang paling penting Mak Som tidak mahu adanya perundangan yang memudahkan anak-anak orang lain dimurtadkan,” jelas Dr. Yusry.
Mak Som berpendapat bahawa mempertahankan soal akidah adalah lebih utama.
Malah, Mak Som turut menyatakan bahawa dia sentiasa berdoa supaya anaknya kembali ke pangkuan Islam.
Apa yang nyata, wajah Mak Som walaupun sedih tetapi ia sebenarnya begitu bersih sinar nurnya. Sukar difahami bagaimana seorang wanita yang begitu jernih wajahnya, mendapat seorang anak yang begitu beriya-iya mahu meninggalkan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut