Friday, August 23, 2013

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mengakui terkejut apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini selepas tujuh tahun mendaftarkan nama dengan pihak Tabung Haji (TH).
Siti Norsaida atau lebih mesra dipanggil Saida, 38, tidak menyangka mendapat tawaran tersebut ketika dia melakukan perubahan imej iaitu dengan memakai tudung pada bulan Ramadan lalu.
“Alhamdulillah tiada kata lain yang dapat saya luahkan apabila mendapat surat untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Sudah tentu saya terkejut dengan berita tersebut kerana doa saya untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah.
“Saya bersyukur kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada usia yang muda dan berharap pemergian saya nanti akan dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Saida memberitahu dia dijadualkan berlepas ke kota suci Mekah pada September depan dan masih menantikan jadual penerbangan oleh pihak TH.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan berangkat ke Mekah pada September depan dan hanya akan dapat jadual penerbangannya pada 24 Ogos ini.
“Saya cukup berasa rendah diri dan teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji serentak,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Saida berkata, dia telah memohon kepada pihak Tabung Haji untuk membawa anak sulungnya iaitu Siti Nurunnyssa, 17, sebagai peneman dan masih menantikan jawapan itu dari pihak TH.
Sebagai persiapan, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini, dia turut menghadiri kursus Haji selain mempelajari hal-hal berkaitan agama agar lebih bersedia menunaikan Rukun Islam itu.
Dalam perkembangan lain, Saida memberitahu sejak memakai tudung, hatinya menjadi lebih tenang dan selesa dengan penampilan baharu itu.
Dia juga tidak mempunyai sebarang sebab membuat keputusan bertudung sebaliknya terbuka hati ingin berubah menjadi insan lebih sempurna.
“Saya langsung tidak merancang untuk memakai tudung tetapi perasaan itu tiba-tiba hadir dengan sendiri pada hari ke-16 Ramadan. Alhamdulillah perubahan ini dilakukan atas kesedaran ingin menjadi insan lebih baik,” ujarnya.
Mengulas mengenai perkembangan terbaharu Saida berkata, dia masih aktif sebagai penyanyi dan sibuk menghadiri pelbagai majlis hiburan

7 comments:

  1. ASSALAM, BRO TEMAN KHAMIS KE SARAWAK DI AKADEMI KASTAM KUCHING DENGAN BIG BOS.

    ReplyDelete
  2. Please share to all Malaysian MCA Members,
    Some MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
    They are trying to tell us to support Donald lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
    Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  3. Sekarang adalah SAMNAK SAMBODHI (Taman Desa Jaya, Kepong) ialah tempat menyimpan hantu dan tempat membuang hantu oleh presiden YIP KUM FOOK (MCA Gombak) kerana presiden ini dalam perkara yang lebih kotor di kuil, dia tidak fikir dia sendiri adalah hantu besar dan syaitan di Malaysia, dari dulu hingga sekarang tidak pernah berhenti buat jahat, hari ini ramai orang Kepong tahu tentang dia dan apa yang dia buat

    Sekarang kawan dia musuh dia sebab dia curang dengan kawan karib dia, lepas dia tipu dan jual sebidang tanah di Johor kat Encik Lim dan Encik Lim bayar dia semua, lepas tu Encik Lim nak tengok tanah tu. tetapi tidak ada tanah, Encik Lim adalah yang terakhir mengupah peguam untuk mendapatkan wang itu balik

    YIP KUM FOOK tidak berasa malu dan dia sangat bodoh untuk menipu orang, mungkin dari generasi atuk dan nenek, YIP KUM FOOK seperti manusia tidak mudah mati kerana dia perlu menderita di dunia ini untuk masa yang lama, semua yang dia lakukan atau buat, dan semua akan berpindah kepada anak-anaknya akan dapat derita

    menambahkan sangat penting untuk menjadi presiden kuil (persatuan Buddha), ini adalah banyak dosa dan karma berat untuk mengikuti ajaran Buddha, agama Buddha bukan untuk anda bermain dan menghina, kerana agama Buddha adalah agama manusia hormati seluruh dunia

    satu hari nanti dia akan terima apa yang dia buat, awak tak boleh lari dari apa yang awak buat, awak akan hidup sendiri dan tanpa kawan..kita bersama menolak orang jahat di Malaysia dan kita sayang Malaysia

    Daripada Rakyat Kepong (Mr. Ng & Mr. Lim)

    ReplyDelete

Pengikut