Monday, December 5, 2011

Ular Tedung 12kaki panjang punca bangunan letak kereta RM5 Juta gagal?

Inilah dasar pembangkang. Mereka hanya tahu mencari kelemahan BN, memburukkan pentadbiran kerajaan BN tetapi mereka sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah walaupun hanya projek pembangunan kereta bertingkat-tingkat di kaki Bukit Bendera.

Itu baru satu projek, belum lagi menguruskan negara. Agak-agaknya, sudah berapa kerap rakyat jelata Pulau Pinang bangkit memprotes di Komtar jika dibandingkan protes terhadap kerajaan BN (Gerakan) sebelum ini?

Pembangkang hanya berminat bercakap soal-soal yang tidak kena mengena dengan ketelusan atau kebajikan  rakyat yang dibuat pentadbiran kerajaan negerinya.

Mereka seolah mengutamakan nasib binatang berbanding nasib rakyat dalam media seperti anjing peliharaan, projek babi dan juga tidak ketinggalan tentang Ular Tedung seperti yang kita lihat dalam video ini.


"Ular ini mangsa Hit and Run!"


Projek letak kereta: Guan Eng perlu bertanggungjawab

JOHOR BAHRU 4 Dis. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dr Yen Yen, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.

"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fabulous Food 1Malaysia - Street Food Festival 2011 di Johor Jaya malam tadi.

Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.

Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah. – Bernama

1 comments:

Anonymous said...

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dibidas kerana tidak menyemak faktanya apabila mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata menteri MCA itu suka “mempersalahkan diri beliau” bagi kegagalan projek berkenaan sedangkan ia diluluskan di bawah kerajaan negeri terdahulu.

Lim berkata, selepas diluluskan, projek berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kemudian ke PDC Consultancy untuk rundingan reka bentuk.

Justeru, beliau menggesa Ng, supaya menghormati rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh panel khas Lembaga Siasatan yang telah ditugaskan untuk menyiasat masalah yang melanda tempat parkir itu.

Lembaga itu baru-baru ini mencadangkan supaya tempat letak kereta itu dirobohkan dan dibina semula bangunan baru bagi menampung keperluan pengunjung ke Bukit Bendera itu.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1"Beliau (Dr Ng) seorang doktor, bukan seorang jurutera, arkitek ataupun juruukur. Jadi beliau harus menghormati kesimpulan dan cadangan yang dibuat oleh Lembaga Siasatan," kata Lim pada sidang media hari ini.

"Jika beliau mahu membidas (kami), periksa fakta dengan betul, cermin diri dulu. Beliau boleh mengkritik lembaga itu jika mungkin beliau lebih bijak daripada seorang profesor dan seorang jurutera," sindir Lim.

"Tetapi saya tidak berani (mengkritik lembaga itu) kerana saya bukan seorang jurutera atau arkitek, beliau lebih berani mungkin kerana beliau lebih bijak (daripada Lembaga Siasatan).”tuk berita benar,,,,jgn terpedaya,,,

Recent Posts

Archives