Monday, December 12, 2011

Panas! Khalid Ibrahim dimaki hamun, hampir-hampir dilempang..

Inilah akibatnya bila janji tinggal janji. Kita masih ingat lagi bagaimana Anwar berjanji kepada masyarakat India di Kampung Buah Pala ketika berkempen sebelum menghadapi pilihanraya. Akhirnya janji tinggal janji juga. Kampung tersebut kini lenyap daripada pendudukan rakyat, wakil PKR yang buat janji itu pula entah ke mana..

Inilah cara Parti Kencing Rakyat atau singkatan PKR.



Terbaru di atas video MB Khalid Ibrahim disergah beberapa penduduk India yang tak berpuas hati dengan janji yang dibuatnya beberapa tahun sebelum ini ketika berkempen.

Pada kempen pilihanraya lepas,Khalid Ibrahim telah menjanjikan status tanah kepada mereka. Khalid Ibrahim juga pernah menjanjikan bahawa status tanah tersebut akan dilanjutkan tempoh tol .

Khalid telah berjanji pada 1 Feb 2010 bahawa status tanah tersebut akan dilanjutkan pada bulan Feb dan Mac malah orang yang tidak mengisi borang lanjutan tempoh pajakan juga akan diberikan lanjutan itu. Manis kata-kata Menteri Besar. Malangnya janji tinggal janji sama seperti manifesto PRU lepas.

Terbaru Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan disebabkan dasar kerajaan BN terdahulu. Pelik! Kenapa perkara tersebut tidak disebut ketika berjanji pada Feb 2010.

Khalid mengatakan bahawa pentadbiran dahulu tidak menentu dan sering bertukar pendirian berkenaan lot tanah.UMNO BN sekali lagi dipersalahkan.

Beginilah alasan pembangkang setiap kali diajukan soalan mengapa gagal, maka kerajaan UMNO akan dipersalahkan dan dikambinghitamkan. Tak ubah seperti kerajaan negeri PAS apabila gagal melaksanakan kepimpinan hudud di Kelantan, akhirnya UMNO juga dipersalahkan.

Nasiblah rakyat yang memilih kepimpinan gagal sebagai wakil rakyat. Selama BN memerintah dan buat ceramah turun padang, tak pernah pula kita lihat rakyat bangkit dan memarahi terang-terang mana-mana pemimpinnya seperti ini. Fikirkanlah kenapa...?

Artikel lengkap sila rujuk sini..

1 comments:

Anonymous said...

sebab umno punya pasal mb baru jd mangsa...u,, skg bn buta tuli...mun tangga di sarawak apa yg ada?

Recent Posts

Archives