CHUAH JUI MENG LETAK JAWATAN PENGERUSI MCA BAKRI - AKAN KE PKR SELEPAS INI?.

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan juga telah meletakan jawatan sebagai pengerusi bahagian Bakri MCA (Johor) yang diterajuinya selama 21 tahun. Desas-desus yang membimbangkan sekarang ialah kemungkinan beliau akan menyertai PKR.
SEBUT saja Parlimen Bakri di Muar, pasti ramai akan ingat bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang pernah dilantik memegang jawatan penting dalam Kabinet sejak Mei 1995 sebelum digugurkan pada Mac 2004. Kerusi Parlimen Bakri yang dipegang oleh beliau sejak pilihan raya umum 1986 pernah menjadi kawasan ‘panas’ buat Barisan Nasional (BN) apabila berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, DAP dan Pas pada pilihan raya tahun itu.Ia menyaksikan BN hanya mampu mencatat kemenangan tipis dengan majoriti 1,105 undi. Ketika itu, Parlimen Bakri yang baru diwujudkan selepas dipisahkan daripada Parlimen Muar mempunyai penduduk kaum Tionghua yang masih tidak boleh menerima pengaruh BN.Waktu itu ramai berpendapat Bakri akan jatuh kepada pembangkang jika pembangkang bertanding dua penjuru dengan BN. Bagaimanapun, pada pilihan raya umum 1990, majoriti kemenangan BN bertambah kepada 3,110 walaupun DAP meletakkan calon seorang pejuang pendidikan kaum Tionghua, Lee Ban Chen. Pada pilihan raya umum 1995 dan 1999, majoriti kemenangan yang dicatatkan oleh Jui Meng meningkat kepada 13,360 undi dan 19,059 undi, membuktikan kawasan Bakri yang dulunya ‘panas’ semakin sukar digugat pembangkang.Tetapi amaran beliau tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional.- sumber : Utusan Malaysia
Pada pilihanraya 2008 beliau melepaskan kerusi tersebut kepada muka baru. Tay Puay Chuan dipilih sebagai calon BN untuk kawasan Parlimen Bakri pada pilihan raya umum lalu, dan kerusi Parlimen yang sebelum ini disandangnya, kemudiannya jatuh kepada parti pembangkang DAP dengan majority 722 undi.
Apa yang terjadi pada pucuk pimpinan MCA sekarang?. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek pula dipanggil untuk disiasat Jawatankuasa Disiplin MCA berhubung video lucah yang telah berlalu 20 bulan?. Kita di UMNO cuma berharap MCA dan MIC bangkit semula untuk PR13 yang akan datang. Sudahlah pergolakan dalam rumah parti-parti komponen BN Gerakan, MCA, PPP, MIC. cuba tenang dan fikirkan untuk masa depan parti anda..settle down...PM perlu masuk campur dalam masalah jiran ini untuk memantapkan Barisan Nasional.

4 comments:
ni gimik jer... :) pasni BN pasti kembali memerintah 100%! PR hanyalah serangga perosak boleh dijentik dengan jari .. hahaha!
Gimik apanye Media Siber...!!! tak yah tunggu PRU 13, sekarang ni pun UBN dah tercungap2....awak ni cakap sombong dan angkih la...macam la awak ni duduk dalam hutan yg tak tahu perkembangan apa2 di sekeliling..atau awak ni cuma cakap nak menyedapkan hati jer ke?
hakikatnya UBN melalui jalan2 penuh getir dan sgt berliku-liku, dan setiap hari ada saja perkembangan mengejutkan, mencemaskna, memanaskan, menyesakkan nafas UBN....siap sedialah nada...
kpd Chu Jui Meng...buatlah tekad anda, buat apa berbakti, pada ghal anda sebnenarnya suedah tidak diperlukan..ibarat melukut di tepi gantang!!!...kalau benar laporan ini....WELLCOME TO PKR...BRAVOOO C.J.M
Salam,
Betul itu Media Siber...beliau yang bertungkus lumus untuk MCA/BN ini mungkin mempunyai strategi politik yang mahu mengukuhkan MCA bahgian Bakri. Petelagahan diantara kumpulan menyokong beliau dan menentang di MCA memang diketahui. Maka perlu penyatuan untuk mengukuhkan parti MCA untuk memenangi kembali kerusi Parlimen Bakri.Chuah Jui Meng tak akan ke PKR seperti digemburkan oleh PKR..kerana Kerusi parlimen itu pernah ditawarkan oleh PKR pada pilihanraya yang lepas..tetapi Chuah tidak terima pelawaan PKR..tak mungkin dia nak terima pelawaan itu sekarang. Selamat Berehat datuk...kadangkala umur dah meningkat eloklah mencari hidup yang tenang!.
Pegilah CJM, tak heran.. memang PKR tmpt Perhimpunan Kecewa Rasa ... tgk macam Zaid tu, kecewa tak dilantik, masuk PKR.. nuar pun sama aje... Bai Bai CJM, be a good boy.
Post a Comment